Presiden, eksekutif Toshiba letak jawatan

Presiden, eksekutif Toshiba letak jawatan

TOKYO, 21 Julai – Presiden Toshiba dan tujuh eksekutif peringkat tinggi bersama pengarah mereka telah meletak jawatan hari ini berhubung skandal perakaunan berjumlah sekitar $1.2 bilion yang disalahkan ke atas pemburuan keuntungan melampau pihak pengurusan yang membadai salah sebuah firma yang terkenal di Jepun.

Hisao Tanaka dan naib pengerusinya, Norio Sasaki – juga bekas presiden – meletak jawatan selepas laporan bebas mendapati penglibatan pengurusan kanan dalam skim bertahun lamanya untuk mengaut keuntungan.

Dalam indikmen itu, laporan daripada panel yang diupah syarikat mengatakan para pengurus terlibat dalam meningkatkan keuntungan secara ‘sistematik’ selama bertahun-tahun, dalam salah satu skandal pengiraan yang paling merosakkan yang melanda Jepun dalam beberapa tahun kebelakangan.

“Ia telah didedahkan bahawa terdapatnya perakaunan yang tidak betul berterusan dalam masa yang lama dan kami mohon maaf kerana menyebabkan masalah serius bagi pemegang saham dan pemegang amanah harta lain,” menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

“Disebabkan ini, Hisao Tanaka, presiden syarikat kami dan Norio Sasaki, naib pengerusi syarikat kami….akan meletak jawatan hari ini.”

Tanaka, 64 dan Sasaki, 66, kedua-duanya menyertai Toshiba dalam awal tujuh puluhan.

Pengerusi Masashi Muromachi akan mengambil alih sebagai presiden sementara, menurut syarikat itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA