Presiden FIFA terima gaji tahunan AS$1.53

Presiden FIFA terima gaji tahunan AS$1.53

ZURICH, 1 Sept – Presiden FIFA, Gianni Infantino telah mempersetujui gaji tahunan 1.5 juta Swiss franc (AS$1.53 juta) tanpa bonus pada 2016, yang meminta untuk menamatkan isu yang mengganggu bagi enam bulan pertamanya dalam pejabat.

FIFA berkata Infantino juga akan menerima pemandu kereta, bayaran penginapan, termasuk perbelanjaan bulanan 2,000 Swiss franc (AS$2,040), dalam kontrak yang dipersetujui bersama tiga ahli panel pampasan dan menandatanganinya semalam.

Dia juga akan layak menerima bonus pada 2017 di bawah dasar pampasan baru yang didrafkan oleh FIFA.

“Saya gembira perkara ini telah diselesaikan dan saya telah menanda-tanganinya, perjanjian pekerjaan yang sah,” kata Infantino dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh FIFA.

Persetujuan itu bertarikh pada Februari, menamatkan pertikaian yang menyaksikan bekas pengerusi panel audit FIFA, Domenico Scala meletak jawatan dalam bantahan.Infantino menggambarkan tawaran Scala bagi 2 juta Swiss franc ($2.04 juta) dan tanpa bonus itu sebagai “penghinaan”.

Bekas presiden dan setiausaha agung FIFA, Sepp Blatter dan Jerome Valcke menerima bonus sekurang–kurangnya AS$10 juta bagi setiap Piala Dunia.

Blatter dan Valcke mendapatkan gaji asas masing-masing sekitar AS$3 juta dan AS$2 juta, sebelum meninggalkan FIFA tahun ini. Keduanya digantung dari bola sepak oleh jawatankuasa etika FIFA bagi salah laku kewangan dan berada di bawah penyiasatan jenayah oleh pendakwa persekutuan Swiss. – AP

ARTIKEL YANG SAMA