Presiden Filipina lawat Jepun

Presiden Filipina lawat Jepun

TOKYO, 2 Jun (AFP) – Presiden Filipina Beningno Aquino hari ini memulakan lawatan empat hari ke Jepun yang akan menyaksikannya cuba mendapatkan pelaburan dan sokongan bagi bantahannya ke atas penebusgunaan tanah China di Laut China Selatan.

Aquino akan menyampaikan ucapan di parlimen pada Rabu yang mana beliau akan memfokuskan pembinaan landasan Beijing dan beberapa infrastruktur lain di pulau ditebus guna, yang sudah pun menyemarakkan ketegangan serantau dan AS menuntutnya untuk segera berhenti.

Pemimpin Filipina itu mengunjungi Tokyo kurang sebulan selepas dua negara mengadakan latihan ketenteraan bersama pertama dalam sejarah moden—di sebalik peranan Jepun sebagai penakluk di kebanyakan Asia semasa Perang Dunia ke-2.

Jadual Aquino termasuklah pertemuan dengan maharaja Jepun pada Rabu dan Perdana Menteri Shinzo Abe pada Khamis selepas berucap di forum pelaburan yang dibuat untuk menarik perjanjian perdagangan berpotensi. Namun politik akan menjadi agenda utama. Beijing sudah pun meningkatkan penebusgunaan tanahnya di Laut China Selatan tindakan dramatik beberapa bulan kebelakangan, membina pulau-pulau buatan manusia di atas terumbu di seluruh kawasan luas untuk menyokong tuntutan wilayahnya.

ARTIKEL YANG SAMA