Presiden Ghana kutuk pemusnah tapak warisan

Presiden Ghana kutuk pemusnah tapak warisan

PARIS, 7 Okt (NNN) – Presiden Ghana, John Dramani Mahama telah menyertai Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam mengutuk kemusnahan tapak warisan budaya di beberapa negara oleh pelampau agama.

Mesyuarat menangani teknikal sektor antara UNESCO dan delegasi Ghana di ibu pejabat UNESCO di Paris Isnin lalu, Presiden Mahama yang dalam rangka lawatan ke Perancis, mengambarkan perkara tersebut sebagai tindakan yang tidak berperikemanusiaan terhadap kebudayaan.

Tapak warisan di negara-negara seperti Iraq, Mali, Syria, Yaman dan Libya telah memperlihatkan kemusnahan besar-besaran walaupun negara telah meratifikasi Konvensyen Hague untuk melindungi harta budaya.

Tapak terjejas juga termasuk masjid dan tempat-tempat suci, gereja-gereja, tempat-tempat lama dan tapak zaman abad pertengahan.

Ketua Pengarah UNESCO Irina Bokova telah mengutuk kemusnahan itu dan melancarkan kempen United4Heritage (Bersatu Melindungi Warisan) untuk melindungi tapak warisan yang diancam oleh pelampau.

Presiden Mahama berkata negara-negara telah dikenal pasti, budaya dan warisan mereka tetapi malangnya sesetengah golongan pelampau sengaja melibatkan diri dalam kemusnahan tapak-tapak warisan budaya tersebut yang boleh menyemai perpaduan dan menjana ekonomi daripada pertukaran asing melalui pelancongan.