Presiden Guatemala enggan letak jawatan

Presiden Guatemala enggan letak jawatan

BANDAR GUATEMALA, 24 Ogos (Reuters) – Presiden Guatemala Otto Perez semalam enggan meletak jawatan selepas beliau dibabitkan dalam siasatan rasuah yang diketuai badan yang disokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan menyebabkan negara itu terjerumus ke dalam krisis politik menjelang pilihan raya presiden pada September.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Suruhanjaya Antarabangsa Penyiasatan ke atas kes Bebas Daripada Hukuman (CICIG), yang dibentuk pada lewat 2006 untuk membantu negara Guatemala menyiasat jenayah oleh kumpulan bersenjata di negara Amerika Tengah berkenaan.

CICIG pada masa ini diketuai oleh bekas pendakwa raya Colombia Ivan Velasquez, 60, yang terkenal kerana penyiasatan kes membabitkan anggota politik dan separa tentera di negaranya dan mengetuai badan itu di Guatemala pada lewat 2013.

Badan ini melakukan siasatan kes penipuan di pejabat kastam Guatemala dikenali sebagai La Linea, selepas talian hotline telefon digunakan dalam skandal berkenaan. Penyiasatan dan keputusannya selepas itu mengejutkan dunia politik Guatemala dan membantu mencetuskan demonstrasi besar-besaran ke atas kerajaan Perez.

Beberapa menteri dipecat atau meletak jawatan berhubung La Linea, dan Velasquez dilaporkan berkata adalah jelas bahawa Perez turut terbabit.

Gambar dikeluarkan oleh pejabar media Presiden Guatemala menunjukkan Presiden Otto Perez Molina (kiri) ketika pertemuannya dengan Hakim Carmen Pocon di istana presiden di Bandar Guatemala pada 23 Ogos 2015. – AFP
Gambar dikeluarkan oleh pejabar media Presiden Guatemala menunjukkan Presiden Otto Perez Molina (kiri) ketika pertemuannya dengan Hakim Carmen Pocon di istana presiden di Bandar Guatemala pada 23 Ogos 2015. – AFP

CICIG bertindak ke atas Perez berikutan siasatan selama berbulan-bulan yang tertumpu pada bekas Naib presidennya Roxana Baldetti dan seorang pembantu tertingginya, yang kini dalam pelarian.

Bekerjasama dengan CICIG, Peguam Negara Guatemala Thelma Aldana mengarahkan penangkapan Baldetti pada 21 Ogos dan kemudiannya menjurus kepada pencelaan ke atas Perez, seorang jeneral bersara yang berkhidmat ketika Perang Saudara 1960-1996.

Penemuan kes ke atas Baldetti dan Perez diambil daripada kira-kira 89,000 rakaman perbualan telefon, hampir 6,000 e-mel dan 17 serbuan.

Mandat CICIG bakal tamat pada September, tetapi dilanjutkan oleh kerajaan Guatemala pada April selama dua tahun di tengah-tengah tekanan politik dan antarabangsa, yang paling ketara dari Amerika Syarikat.

ARTIKEL YANG SAMA