Presiden Guinea lantik PM baru

Presiden Guinea lantik PM baru

CONAKRY, 27 Dis – Presiden Guinea, Alpha Conde kelmarin telah melantik seorang perdana menteri baru, katanya dalam satu dekri, selepas mengangkat sumpah awal minggu ini berhubung penggal lima tahun baru yang penuh kontroversi.

Mamady Youla, seorang ahli ekonomis mempunyai pengalaman bekerja bagi kedua-dua firma sektor swasta dan kerajaan, menggantikan Mohamed Said Fofana, yang meletak jawatan pada Rabu, menurut dekri yang dibacakan dalam siaran televisyen.

Youla, 54, telah ditugaskan untuk membentuk sebuah kerajaan yang menumpu pada pewujudan kerja, meningkatkan kehidupan para belia dan memulakan pemulihan ekonomi dalam negara yang berpendapatan rendah itu, menurut kerajaan dalam satu kenyataan.

Fakta yang Youla telah bekerja bagi syarikat-syarikat sektor swasta ‘menghantar signal kuat kepada pembuat keputusan kewangan antarabangsa dan dalam negara,” menurut kenyataan itu.

Youla juga bekerja bagi Bank Utama Republik Guinea. Conde, 77, telah dipilih semula dalam pilihan raya kontroversi pada Oktober dan mengangkat sumpah bagi penggal kedua pada Isnin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA