Presiden IAAF berdepan isu rasuah, kebocoran pangkalan data

Presiden IAAF berdepan isu rasuah, kebocoran pangkalan data

PARIS, 14 Jan (AFP) – Presiden Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), Sebastian Coe berdepan satu lagi ujian apabila satu lagi laporan didedahkan mengenai salah laku rasuah dan kebocoran pangkalan data darah.

Laporan kedua oleh sebuah suruhanjaya bebas, Agensi Anti Doping Dunia (WADA) dipercayai mendedahkan mengenai rasuah di kalangan IAAF dan persekutuan olahraga negara lain selain Rusia, seperti kuasa besar olahraga Kenya.

Tetapi Coe, yang mengambil alih jawatan presiden IAAF daripada Lamine Diack pada Ogos lalu, menekankan pertubuhan itu tidak pernah melindungi sebarang ujian positif bahan terlarang atlet Rusia.

Laporan pertama WADA mendakwa Rusia melakukan kesalahan doping yang dilindungi kerajaan dan rasuah, dengan kini IAAF menggantung negara itu sehingga semua pulih seperti biasa.

Dan kini dua surat bertarikh 2009 yang diberi IAAF kepada persekutuan Rusia dengan ditandatangani setiausaha, Pierre Weiss memberi amaran mengenai risiko kesihatan atlet negara itu selepas hasil ujian darah doping dan meminta Russia mengambil tindakan.

Sebastian Coe dilaporkan terlibat dalam salah laku rasuah dan kebocoran pangkalan data darah. – Reuters
Sebastian Coe dilaporkan terlibat dalam salah laku rasuah dan kebocoran pangkalan data darah. – Reuters

Tetapi Coe menjawab dakwaan itu ‘bukanlah kejutan mengejutkan mengenai Rusia’. “Isu itu adalah mudah: semua adalah mengenai susulan bacaan luar biasa? Jawapannya adalah ya.

“Adakah penggantungan dilakukan dan didedahkan kepada umum? Ya. Adakah ia di selindung? Tidak,” kata Coe kepada Sky televisyen.

Laporan kedua suruhanjaya bebas WADA dijangka turut memberi tumpuan terhadap rasuah di peringkat tertinggi IAAF. Bekas presiden WADA, Dick Pound berjanji pada Disember lalu laporan itu akan menjadi ‘faktor ‘wow’.

“Orang akan berkata: ‘Macam mana perkara ini boleh terjadi?’ Ia adalah satu pengkhianatan dilakukan mereka yang bertanggungjawab dalam sukan itu.

Lamine Diack sedang disiasat pendakwa raya Perancis, di samping penasihat perundangannya, Habib Cisse; bekas ketua anti doping IAAF, Gabriel Dolle dan anak lelaki Diack, Papa Massata Diack, mengenai dakwaan mengambil rasuah bagi melindungi ujian positif atlet Russia, dengan kedua-dua mereka kemudian digantung suruhanjaya etika IAAF.