Presiden jamin Euro 2016 tidak terjejas

Presiden jamin Euro 2016 tidak terjejas

UEFA-Euro-2016-LogoTULLE, Perancis, 10 Jun – Presiden Perancis, Francois Hollande bersedia melaksanakan “sebarang langkah diperlukan” bagi memastikan mogok pengangkutan awam berterusan tidak mengganggu perjalanan Euro 2016 yang berlangsung selama sebulan.

Kejohanan bola sepak terbesar benua Eropah itu dijadualkan membuka tirainya, awal pagi esok yang menemukan skuad tuan rumah menentang Romania.

“Saya akan memberikan tumpuan penuh, esok dan jika sebarang keputusan perlu untuk dibuat, mereka akan melakukannya,” kata Hollande, semalam menjelang perlawanan pembukaan yang dijadualkan berlangsung di Stade de France, Paris.

Pekerja kereta api sebelum ini mengancam untuk mengadakan mogok terhadap laluan yang menghala ke stadium. – AFP