Presiden Jerman akan promosi perpaduan semasa kunjungi Korea S

Presiden Jerman akan promosi perpaduan semasa kunjungi Korea S

SEOUL, 11 Okt – Presiden Jerman, Joachim Gauck tiba bagi lawatan negeri di bandar Seoul, Korea Selatan hari ini bagi menyokong negara itu dalam pembangunan aman rantau itu.

Kira-kira 25 tahun selepas perpaduan Jerman dan 70 tahun selepas pemisahan semenanjung Korea, Gauck ingin menghantar signal ke Korea Selatan yang penyatuan semula dengan Korea Utara komunis mungkin boleh terjadi.

Presiden Jerman dalam lawatannya itu telah ditemani oleh pasangannya, Daniela Schadt dan pelbagai perwakilan perniagaan sederhana dan kecil-kecilan di Jerman.

Gauck hari ini mula-mula sekali mengunjungi istana Changdeokgung, bekas istana diraja di Seoul.

Ia adalah lawatan pertama daripada presiden Jerman ke Asia Timur, Gauck juga dijangka memberi ucapan perhimpunan kebangsaan semasa lawatannya.

Pada Isnin, Gauck akan dialu-alukan secara rasmi oleh Presiden Korea Selatan, Park Geun Hye bersama perbarisan kehormat tentera sebelum pembukaan sidang Jerman-Korea berhubung sains dan inovasi pada Selasa.

Gauck kemudian akan mengunjungi zon bebas tentera antara Korea Utara dan Selatan, yang menjadi kenangan terakhir sempadan Perang Dingin yang memisahkan semenanjung Korea Selatan dari komunis Utara sejak berakhirnya Perang Korea (1950-1953).

Menurut Dewan Perdagangan dan Industri Korea-Jerman (AHK), Korea Selatan telah menjadi pasaran eksport terbesar bagi syarikat-syarikat Jerman di Asia selepas China.

Jerman telah menjadi rakan perniagaan Eropah paling penting bagi Korea Selatan selama bertahun-tahun.

Di antara pengimportan paling popular adalah kenderaan, teknologi, produk kesihatan dan barangan makanan Jerman. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA