Presiden Kazakhstan batal lawatan

Presiden Kazakhstan batal lawatan

MOSCOW, 12 Okt – Pejabat presiden Kazakhstan berkata beliau tidak akan menyertai mesyuarat Persatuan Perjanjian Keselamatan Kolektif diketuai Rusia di bandar Armenia, Yerevan pada Khamis ini.

Menurut kenyataan rasmi, Nursultan Nazarbayev berusia 76 tahun itu akan menjalani ‘rawatan yang berkaitan dengan selesema’ dan ‘sehingga hujung minggu penyertaan ketua negara itu dalam acara-acara antarabangsa tidak akan dirancang’.

Kenyataan itu telah disiarkan dalam laman Facebook perkhidmatan media Nazarbayev. – AP