Presiden Korea Selatan ampunkan 6,527 orang

Presiden Korea Selatan ampunkan 6,527 orang

SEOUL, 13 Ogos – Presiden Korea Selatan Park Geun-hye hari ini mengampunkan 6,527 orang, termasuklah pengerusi konglomerat ketiga terbesar di negara itu, SK Group, sambil menyatakan ia adalah sebahagian usaha Seoul untuk memantapkan semula ekonominya yang terjejas.

Pengampunan itu diumumkan oleh Menteri Keadilan yang dibuat di tengah-tengah rasa tidak puas hati rakyat Korea Selatan yang semakin meningkat terhadap perlakuan konglomerat dikendalikan keluarga, dikenali sebagai chaebol, yang mendominasi ekonomi keempat terbesar di Asia tersebut.

Perlakuan menindas orang kaya dan berpengaruh di Korea Selatan menjadi tajuk berita di seluruh dunia dengan kes ‘nut rage’ (keberangan kerana kekacang) pada Disember lalu.

Selepas anak perempuan kepada pengerusi sebuah syarikat penerbangan berasa tersinggung dengan cara beliau dihidangkan kekacang macadamai.

Pengerusi SK Group Chey Tae-won dipenjarakan sejak Januari 2013, dalam menjalani salah satu tempoh penjara paling panjang pernah dijatuhkan ke atas pengurus chaebol.

Arahan untuk membebaskan Chey dan ketua-ketua perniagaan lain bertujuan “memberikan mereka peluang untuk memajukan ekonomi negara,” kata kenyataan Kementerian Keadilan.

Presiden Park memberitahu mesyuarat kabinet.

“Pengampunan itu telah memasukkan beberapa ahli perniagaan, bagi tugas yang kami hadapi, menghidupkan semula ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.”

Seorang jurucakap SK Group berkata pengampunan Chey akan menyelesaikan kekosongan pengurusan dan membantu fokus konglomerat pada usaha memberi nafas baru kepada ekonomi negara. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA