Presiden Korea Selatan lawat China bulan depan

Presiden Korea Selatan lawat China bulan depan

SEOUL, 20 Ogos – Presiden Republik Korea Park Geun-hye akan membuat lawatan ke China bulan depan bagi menyertai sambutan untuk menandakan ulang tahun ke-70 kemenangan Tentangan Perang Rakyat China terhadap Keganasan Jepun, pejabat presiden, Cheong Wa Dae, mengumumkan hari ini, di sini.

Ju Chul-ki, setiausaha kanan presiden bagi hal ehwal luar negeri, memberitahu dalam satu taklimat media bahawa Park akan mengadakan lawatan tiga hari ke China bermula 2 September untuk menghadiri majlis sambutan yang dijadualkan dilangsungkan di Beijing pada 3 September.

Park akan menghadiri majlis sambutan itu pada waktu pagi 3 September, namun ia belum diputuskan sama ada Park akan ikut serta dalam perarakan tentera pada 3 September, kata Ju. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA