Presiden Korea Selatan tangguh lawatan ke AS

Presiden Korea Selatan tangguh lawatan ke AS

SEOUL 10 Jun (Reuters) – Presiden Korea Selatan Park Geun-hye menangguhkan rangka lawatan ke Amerika Syarikat hari ini .

Ia bagi menyelia pengendalian wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS), yang sudah pun meragut dua lagi nyawa dan 13 kes terbaru dilaporkan, meningkatkan jumlah pesakit kepada 108 orang.

Park dijadualkan berlepas ke AS Ahad depan dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Barack Obama pada Selasa.

Pejabatnya mengatakan minggu yang akan datang menjadi “titik peralihan” respons negara tersebut terhadap wabak itu.

ARTIKEL YANG SAMA