Presiden La Liga tidak anggap Messi penjenayah

Presiden La Liga tidak anggap Messi penjenayah

MADRID, 14 Julai – Presiden Liga Sepanyol, Javier Tebas semalam berkata, dia tidak menganggap Lionel Messi sebagai penjenayah dan gembira bintang Barcelona itu kekal berada dalam saingan La Liga.

“Mengenai Messi, saya sudah katakan saya tidak menganggapnya sebagai penjenayah dan saya gembira dia akan terus berada di liga,” katanya ketika majlis penyerahan tajaan di sini, semalam.

Tebas juga membalas kritikan dengan mengatakan Messi membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah Sepanyol yang menjatuhkan hukuman penjara 21 bulan kerana penipuan cukai.

Dia mengeluarkan kenyataan dua hari selepas Barcelona mengadakan kempen di media sosial bagi menyatakan sokongan kepada Messi.

“Kami terbabit dalam kontroversi yang ada merasakan FC Barcelona turut terbabit dalam jenayah cukai, yakni itu bukanlah sebenarnya yang berlaku,” kata jurucakap kelab itu, Josep Vives pada Isnin lalu.

Messi tiba di sebuah mahkamah dekat Gava, Barcelona untuk menjawab pertuduhan penipuan cukai dalam gambar fail 27 September 2013. – AP
Messi tiba di sebuah mahkamah dekat Gava, Barcelona untuk menjawab pertuduhan penipuan cukai dalam gambar fail 27 September 2013. – AP

Gergasi Sepanyol itu hanya “mempertahankan seseorang yang sebelum ini dan masih dilayan dengan tidak adil,” katanya. Messi dan bapanya didakwa mengelak membayar cukai 4.16 juta euro daripada pendapatan pemain itu yang diperoleh menerusi hak cipta imej daripada 2007-09.

“Menggunakan ‘hashtag’ #WeAreAllLeoMessi (kita semua Leo Messi) pada gambar atau mesej dengan tangan terbuka, kempen itu adalah bagi menggalakkan peminat Barca meluahkan rasa simpati terhadap pemain bola sepak terbaik dunia itu dengan menyuarakan sokongan tidak berbelah bagi menerusi jaringan sosial,” kata kelab itu dalam satu kenyataan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA