Presiden Mitsubishi akan letak jawatan

Presiden Mitsubishi akan letak jawatan

TOKYO, 18 Mei (dpa) – Presiden Mitsubishi Motor yang dilanda masalah, Tetsuro Aikawa akan meletak jawatan pada bulan Jun ke atas skandal pemalsuan ekonomi minyak, menurut pengeluar kereta itu hari ini.

Pengeluar kereta keenam terbesar di Jepun itu mengakui pada April lalu ia telah memalsukan data ujian ekonomi minyak sejak 1991 bagi empat model, termasuk kenderaan-kenderaan Dayz dan Dayz Rooc mini dihasilkan untuk Nissan Motor.

Mitsubishi melihat jualan kereta mininya menurun 44.7 peratus dari setahun sebelumnya kepada 1,477 kenderaan pada April, menurut Pertubuhan Kenderaan Kecil dan Motosikal Jepun.

Nissan berkata pada Khamis lepas ia akan membeli 34 peratus saham di Mitsubishi Motor bagi 237 bilion yen (2.2 bilion dolar).