Presiden Myanmar ‘akan serah kuasa’ kepada Suu Kyi

Presiden Myanmar ‘akan serah kuasa’ kepada Suu Kyi

YANGON, 15 Nov (AFP) – Presiden Myanmar Thein Sein berkata hari ini pengundian bersejarah yang dimenangi oleh parti Aung San Suu Kyi merupakan hasil pembaharuan kerajaannya dan menjanjikan peralihan kuasa yang lancar.

Bekas jeneral junta itu, yang bersara daripada jawatan tentera untuk memimpin rejim separa awam negara lima tahun lalu, berkata pilihan raya pada 8 November adalah bukti perubahan politik dan ekonomi yang telah dilancarkan oleh bekas negara paria itu sejak berakhirnya pemerintahan junta.

“Pilihan raya adalah hasil proses pembaharuan kami dan seperti yang kami janjikan, kami berjaya mengadakannya dengan berjaya,” beritahu beliau pada mesyuarat parti politik di Yangon, dalam kehadiran pertama di khalayak ramai sejak pilihan raya.

Presiden Myanmar ketika berucap pada mesyuarat parti politik di Yangon kelmarin. - Reuters
Presiden Myanmar ketika berucap pada mesyuarat parti politik di Yangon kelmarin. – Reuters

“Kami akan menyerah proses pembaharuan ini kepada kerajaan baru,” kata beliau, menambah “jangan bimbang mengenai peralihan” dalam komen yang bertujuan meredakan kebimbangan dalam percubaan pertama negara untuk melancarkan peralihan demokratik berdekad-dekad lamanya.

Menyampaikan ucapan pada wakil yang terdiri daripada hampir 90 parti politik, kebanyakan mereka disingkirkan oleh Liga Nasional untuk Demokrasi pimpinan Suu Kyi, pemimpin Myanmar itu berkata pilihan raya adalah “tugas” sebuah negara demokratik.

Beliau kelihatan optimistik mengenai kekalahan Parti Kesatuan Perpaduan dan Pembangunan pimpinan beliau, yang akan menjadi pembangkang dalam parlimen akan datang, dijangka bersidang mulai Februari, dengan kira-kira sepuluh peratus daripada kerusi yang dipilih dalam parlimen negara, berbanding dengan NLD 80 peratus.

ARTIKEL YANG SAMA