Presiden Myanmar berunding dengan pemberontak

Presiden Myanmar berunding dengan pemberontak

NAYPYITAW, 9 Sept – Presiden Myanmar Thein Sein hari ini mencatat kemunculan pertamanya di khalayak ramai sejak bermulanya kempen untuk pilihan raya umum pada 8 November, bertemu dengan pemimpin kumpulan gerila etnik minoriti untuk rundingan gencatan senjata di ibu negara Naypyitaw.

Mencapai satu perjanjian dengan kumpulan pemberontak akan menjadi satu kemenangan politik untuk Thein Sein, yang menjadikannya satu dasar utama beliau, menambah peluang parti pemerintah pimpinan beliau Parti Kesatuan Perpaduan dan Pembangunan dalam pilihan raya umum pertama sejak berakhirnya pemerintahan tentera.

Namun satu perjanjian dengan kesemua tentera etnik tidak mungkin dicapai, kata pakar, dengan beberapa kumpulan dikecualikan daripada rundingan, tatkala pertempuran di rantau Kokang di sepanjang sempadan Myanmar dengan China diteruskan tanpa henti-henti sejak Februari.

Wakil lima kumpulan utama daripada 16 yang mengambil bahagian dalam rundingan bertemu dengan Thein Sein. Kumpulan tersebut termasuk Kesatuan Nasional Karen, Pertubuhan Kemerdekaan Kachin dan Parti Progresif Nasional Karenni.

“Saya ingin menekankan kepentingan keamanan dalam peralihan kepada demokrasi,” kata Thein Sein pada permulaan rundingan. “Tanpa keamanan, ia tidak mungkin dicapai. Saya berharap sidang kemuncak hari ini akan membuka laluan kepada pemeteraian perjanjian gencatan senjata di seluruh negara pada akhir September.” – Reuters

Pengerusi Kesatuan Nasional Karen (KNU) Mutu Say Poe (kanan) bercakap dengan Thein Sein di mesyuarat antara presiden dan kumpulan etnik pemberontak untuk membincangkan perjanjian gencatan senjata di Naypyitaw, 9 September. –Reuters
Pengerusi Kesatuan Nasional Karen (KNU) Mutu Say Poe (kanan) bercakap dengan Thein Sein di mesyuarat antara presiden dan kumpulan etnik pemberontak untuk membincangkan perjanjian gencatan senjata di Naypyitaw, 9 September. –Reuters

ARTIKEL YANG SAMA