Presiden Myanmar hadiri sidang kemuncak ASEAN-Rusia

Presiden Myanmar hadiri sidang kemuncak ASEAN-Rusia

YANGON, 15 Mei (Xinhua) – Presiden Myanmar U Htin Kyaw akan menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Sochi untuk meraikan ulang tahun ke-20 hubungan dialog ASEAN-Rusia yang akan diadakan pada 19-20 Mei, menurut pengumuman rasmi hari ini.

Diluluskan oleh parlimen pada Selasa, satu perjanjian antara Myanmar dan Rusia mengenai kerjasama pertahanan dijangka ditandatangani pada majlis itu.

Perjanjian ditandatangani dengan Rusia adalah hasil keputusan Rusia yang menghulurkan persahabatan dengan Komuniti ASEAN dan Myanmar khususnya dalam perkara berkaitan pertahanan tentera, keselamatan kebangsaan dan antipengganas, menurut parlimen.

Timbalan Menteri Pertahanan Myanmar Mejar Jeneral Myint New yang mencadangkan penandatangan kepada parlimen, mengatakan penandatanganan bagi persetujuan akan membawa kepada satu tahap kerjasama pertahanan baru antara kedua-dua negara dan menyemai dialog dan persefahaman dua hala dasar pertahanan dalam keselamatan antarabangsa dan serantau.

Myanmar dan Persekutuan Rusia berikrar untuk mempromosikan hubungan pertahanan antara dua negara semasa lawatan Menteri Pertahanan Rusia Sergey K. Shoigu ke Myanmar dalam Mac 2013.

Myanmar dan Rusia menjalinkan hubungan diplomatik dalam 1948.

ARTIKEL YANG SAMA