Presiden Myanmar puji ‘kejayaan’ peralihan demokratik

Presiden Myanmar puji ‘kejayaan’ peralihan demokratik

NAYPYIDAW, Myanmar, 28 Jan – Presiden Thein Sein mengalu-alukan ‘kejayaan’ peralihan kuasa Myanmar hari ini, dalam ucapan terakhir kepada parlimen yang didominasi tentera, sebelum ia memasuki badan perundangan baru bersejarah yang diterajui oleh parti pro demokrasi Aung San Suu Kyi.

Negara Asia Tenggara itu, yang dicengkam pemerintahan junta selama berdekad-dekad lamanya, hampir kepada peralihan politik hebat selepas parti Suu Kyi, Parti Liga Kebangsaan Demokrasi (NLD) meraih kemenangan dalam pilihan raya November lalu.

Rakyat Myanmar berharap kerajaan beliau boleh mengembangkan kembali negara yang di bawah pemerintahan tentera yang telah menjejaskan ekonomi dan menindas penentang.

“Meskipun wujud kesukaran dan cabaran, kami berupaya membawa peralihan demokrasi akhirnya,” Thein Sein berkata dalam ucapannya kepada badan perundangan buat kali terakhir.

“Ini adalah kejayaan bagi semua rakyat Myanmar,” tambahnya.– AFP

ARTIKEL YANG SAMA