Presiden nafi Atletico main ‘buruk’

Presiden nafi Atletico main ‘buruk’

MADRID, 5 Mei (AFP) – Presiden Atletico Madrid Enrique Cerezo membalas kritikan terhdap taktik bertahan pasukan Sepanyol selepas mara ke final Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

Aksi luar biasa barisan pertahanan Bayern Munich menyaksikan Atletico bertahan dalam kekalahan 2-1 ke atas pasukan gergasi dari Jerman Selasa lalu untuk mara dengan jaringan luar selepas menamatkan perlawanan pertama 1-0 minggu lalu.

“Hari ini bola sepak teruk diadakan menentang pasukan bola sepak terbaik dunia,” jelas pemain midfield Bayern, Arturo Vidal sejurus selepas itu. Satu-satunya masa mereka melihat bola adalah jaringan mereka sahaja.”

Bagaimana pun, Cerezo kembali membalas kritikan ketika Atletico sekarang menewaskan juara bertahan Eropah, Barcelona dan Bayern dalam menghampiri gelaran Bundesliga keempat mereka untuk mara ke final.

“Bola sepak kami teruk? Ia menarik dan kami beraksi untuk menang,” dia memberitahu Radio Marca semalam. Kami berada dalam kedudukan yang sangat baik.”

Atletico mungkin menghadapi Real Madrid dalam perlawanan akhir di Milan pada 28 Mei selepas Real menewaskan Manchester City 1-0 dalam pertemuan separuh akhir.

Sergio Ramos dari Real menyamakan kedudukan pada minit akhir untuk menghalang Atletico menjulang gelaran Liga Juara-Juara pertama mereka dalam persaingan akhir dua tahun lalu sebelum Real mencatatkan kemenangan 4-1 selepas masa tambahan.

Setelah bolos kepada Bayern dalam satu lagi kemunculan lain mereka pada 1974, Cerezo percaya Atletico memiliki sedikit nasib yang baik dalam final.

“Saya selalu berkata Liga Juara-Juara berhutang kepada kami satu dan kemungkinan ini adalah masanya. Ia adalah yang pertama dan akan menamatkan musim yang menarik,” tambahnya.

“Kami sudah menewaskan PSV Eindhoven, Barcelona dan Bayern jadi kami tidak perlu hirau siapa pun seterusnya.”

ARTIKEL YANG SAMA