Presiden Palestin Abbas jalani ujian jantung

Presiden Palestin Abbas jalani ujian jantung

RAMALLAH, Wilayah Palestin, 6 Okt – Presiden Palestin, Mahmud Abbas, 81, dimasukkan ke hospital hari ini untuk menjalani ujian jantung namun kesihatannya dilaporkan normal, menurut para pegawai.

“Kami telah menjalankan semua ujian yang perlu, termasuk pengkateteran kardium, dan keputusannya semua normal,” kata Sarahneh, pengarah Hospital Istishari di Ramallah memberitahu AFP.

“Presiden akan meninggalkan hospital dalam masa dua jam,” katanya petang hari ini. Pengkateteran melibatkan memasukkan tiub nipis dalam saluran darah.

Agensi berita rasmi Palestin, WAFA, memetik jurucakap presiden, mengesahkan Abbas berada di hospital untuk menjalani ujian.

Setiausaha agung Persatuan Pembebasan Palestin, Saeb Erekat berkata ujian itu sejauh ini mengesahkan Abbas dalam keadaan sihat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA