Presiden pecat kerajaan, Guinea-Bissau kecoh

Presiden pecat kerajaan, Guinea-Bissau kecoh

BISSAU, 14 Ogos (AFP) – Negara Afrika barat yang bermasalah, Guinea-Bissau terjerumus ke dalam huru-hara politik semalam selepas presiden memecat kerajaan berikutan tercetus konflik dengan perdana menteri.

Langkah itu dibuat selepas Presiden Jose Mario Vaz berkata terdapat “krisis” dalam hubungannya dengan perdana menteri yang melemahkan fungsi kerajaan, sekali gus meningkatkan kebimbangan ketidakstabilan.

“Kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri Domingos Simoes Pereira sudah dibubarkan,” menurut dekri presiden.

Meskipun keprihatinan mengenai potensi kesan buruk daripada krisis itu, namun kehidupan di jalan-jalan raya Bissau berjalan seperti biasa, dengan tiada pengerahan tambahan pasukan keselamatan, kata seorang wartawan AFP.

Presiden Jose Mario Vaz. – AFP
Presiden Jose Mario Vaz. – AFP

Tentera yang segera campur tangan dalam pertikaian politik di negara bekas jajahan Portugal yang kerap berlaku rampasan kuasa itu, masih berada di berek mereka.

Anggota kerajaan seramai 16 orang mengangkat sumpah pada Julai 2014, dua bulan selepas Vaz menjadi pemimpin pilihan awam pertama Guinea-Bissau sejak tentera memberontak pada 2012.

Vaz dan Pereira adalah anggota Parti Afrika bagi Kemerdekaan Guinea dan Cape Verde (PAIGC), yang memperjuangkan kemerdekaan dari Portugal, dan memenanginya pada 1974.

ARTIKEL YANG SAMA