Presiden Perancis ke Rusia untuk rundingan perangi IS

Presiden Perancis ke Rusia untuk rundingan perangi IS

PARIS, 26 Nov (AFP) – Presiden Perancis Francis Hollande hari ini akan mengadakan rundingan dengan pemimpin Rusia Vladimir Putin, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan diplomatik beliau untuk mewujudkan gabungan lebih meluas dalam memerangi pejuang kumpulan Islam IS selepas serangan di Paris.

Presiden Perancis akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Itali Matteo Renzi di Paris pada sebelah pagi, sebelum menuju Moscow yang mana beliau akan mengadakan rundingan dengan orang kuat Rusia itu.

Hollande telah mengadakan lawatan mendadak dalam usaha membina gabungan untuk menghancurkan IS di Iraq dan Syria, tetapi telah menyaksikan beberapa janji kukuh setakat ini, dan kempen beliau seterusnya dirumitkan oleh perbalahan diplomatik antara Rusia dan Turki.

Perancis telah meminta klausa yang memerlukan negara-negara anggota EU supaya memberikan bantuan ketenteraan selepas serangan di Paris pada 13 November lalu, apabila 130 orang terbunuh dalam siri-siri pembunuhan oleh pengebom berani mati dan lelaki-lelaki bersenjata yang mana IS telah mengaku melancarkannya.

Canselor Jerman Angela Merkel semalam berjanji memberi sokongan kepada Perancis dalam usahanya memerangi kumpulan jihad, selepas mengadakan rundingan dengan Hollande, dengan berikrar akan bertindak ‘pantas’ untuk menilai bagaimana Jerman boleh membantu dalam memerangi keganasan.

Para pemimpin Perancis dan Jerman telah meletakkan bunga ros merah jambu di antara bunga-bunga dan lilin sebagai tanda penghormatan di Paris de la Republique, dataran Paris yang telah menjadi tempat perhimpunan sejak pertumpahan darah itu.

Beberapa jam sebelumnya, Menteri Pertahanan Ursula von der Leyen berkata Jerman akan menghantar 650 orang tentera ke Mali untuk memberi beberapa bantuan kepada pasukan Perancis yang memerangi kumpulan pejuang di sana.

ARTIKEL YANG SAMA