Presiden Real nafi paksa Casillas pergi

Presiden Real nafi paksa Casillas pergi

MADRID, 14 Julai (AFP) – Presiden Real Madrid Florentino Perez semalam menegaskan kelab tersebut tidak menekan penjaga gol ikon kelab Iker Casillas untuk pergi selepas 25 tahun bersama bagi menyertai FC Porto.

Selepas sidang akhbar selamat tinggal kapten pasukan itu Ahad lalu, Perez terkejut dengan laporan lantas memanggil Casillas, 34, untuk muncul bersamanya mengadakan penghormatan bersama peminat di stadium Bernabeu.

Berikutan dakwaan bahawa Casillas telah ditunjukkan pintu belakang untuk memberikan laluan bagi sasaran perpindahan Daivd de Gea dari Manchester United, Perez berkata Casillas sendiri meminta untuk berpindah.

“Kami hanya boleh menghormati dan menerimanya kerana dia mempunyai hak tersebut ketika 25 tahun berada di kelab zaman kanak-kanaknya,” kata Perez.

“Tidak seorang pun di Real Madrid memintanya untuk meninggalkan kelab. Beberapa hari lalu dia menerima tawaran dari Porto di mana dia memberitahu kami dengan segera dan meminta kami untuk mempertimbangkannya dan membuat perjanjian.”

Casillas (kanan) berjabat tangan dengan presiden Real Madrid Florentino Perez dalam majlis perpisahan rasmi penjaga gol itu dengan kelab di Santiago Bernabeu semalam. – Reuters
Casillas (kanan) berjabat tangan dengan presiden Real Madrid Florentino Perez dalam majlis perpisahan rasmi penjaga gol itu dengan kelab di Santiago Bernabeu semalam. – Reuters

Bagaimanapun, peluang de Gea datang ke Real dilihat tipis semalam memandangkan dia dimasukkan dalam senarai pemain yang akan menyertai jelajah pra-musim United ke AS.

Casillas tiba di lapangan terbang Porto malam semalam di mana dia disambut sekitar 200 peminat kelab barunya.
Tiada tarikh diberikan Porto bagi memperkenalkan pemain dari Sepanyol itu menyertai pasukan baru dalam masa beberapa hari ketika mereka bersedia bagi musim baru di Horst di Belanda.

Casillas yang bercakap dengan emosi pada sidang akhbar Ahad lalu memberitahu dia dipujuk untuk keluar oleh Porto yang dahagakan kejayaan dan kasih sayang yang ditunjukkan pasukan dari Portugal itu.

ARTIKEL YANG SAMA