Presiden selamat dalam letupan bot

Presiden selamat dalam letupan bot

MALE, 28 Sept (Reuters) – Presiden Maldives tidak mengalami kecederaan namun isteri dan dua orang penolongnya tercedera dalam kejadian letupan di dalam bot laju mereka ketika ia menghampiri Male, bandar kepulauan Lautan Hindi, seorang penolong kanan memberitahu Reuters.

Punca letupan semalam itu belum diketahui, tetapi kejadian itu disaksikan oleh beberapa orang wartawan yang sedang menanti untuk bertemu dengan Presiden Abdulla Yameen sekembalinya beliau dari menunaikan haji di Arab Saudi.

“Letupan berlaku di dalam bot laju rasmi Presiden Yameen berhampiran jeti Male. Presiden tidak mengalami kecederaan, tetapi wanita pertama mengalami cedera ringan,” Mohamed Hussain Shareef, menteri pejabat presiden memberitahu Reuters.

Yameen, 59 tahun, adalah orang yang berkontroversi di tanah air dan luar negara.

Beliau mula memegang pucuk pimpinan dalam pilihan raya presiden dalam persaingan getir pada tahun 2013.

Pemimpin yang beliau kalahkan, Mohamed Nasheed, telah dipenjara awal tahun ini kerana keganasan dalam kes yang mengundang kritikan antarabangsa. Peguam hak asasi kemanusiaan Amal Clooney, isteri aktor Hollywood George Clooney, menggesa bagi sekatan antarabangsa ke atas Maldives selepas melawat Nasheed bulan ini.

Tindakan lebih meluas ke atas penentang politik menutupi reputasi Maldives sebagai syurga percutian, dengan belia-belia radikal diambil dalam bilangan ramai untuk berjuang bagi militan-militan pasukan Kerajaan Islam di Timur Tengah.

Yameen mendarat sebelumnya di lapangan terbang antarabangsa utama Maldives, sebuah rangkaian pulau, dengan penduduk seramai 400,000 dan membuat perjalanan singkat terakhir ke Male melalui air bersama rombongan beliau.

“Kami tidak tahu jika letupan itu adalah dari bahan letupan atau enjin di dalam,” kata Shareef, yang dihubungi melalui telefon dari Sri Lanka.

Seorang saksi Reuters melihat Yameen berjalan dan membantu seorang mangsa yang tercedera sejurus selepas letupan itu, yang berlaku apabila bot lajunya berada dua meter dari jet utama.

Shareef berkata Yameen mengiringi isterinya, Fathimath Ibrahim, ke hospital utama Male. Seorang pengawal peribadi yang mengalami cedera serius dan seorang penolong presiden yang mengalami cedera ringan juga dibawa ke hospital.