Presiden sementara Brazil mulakan tugas

Presiden sementara Brazil mulakan tugas

BRASILIA, 13 Mei (AFP) – Presiden sementara Brazil Michel Temer memulakan pentadbiran barunya hari ini, berusaha mengurus ekonomi dan menghindari skandal rasuah yang membantu menjatuhkan presiden sebelumnya.

Bekas timbalan presiden itu telah membentuk kabinet mesra perniagaan semalam, beberapa jam selepas para senator mengundi untuk menggantung bekas ketuanya Dilma Rousseff dan membuka perbicaraan pendakwaan ke atasnya.

Pemindahan kuasa yang kacau bilau telah menamatkan pemerintahan 13 tahun oleh parti Pekerja berhaluan kiri, yang mengeluarkan berpuluh-puluh juta orang dari kemiskinan dengan program sosial progresif tetapi dicemari skandal rasuah, kemelesetan dan kelumpuhan politik. Temer dijangka menemui kabinetnya pagi ini, dan diikuti dengan sidang media oleh Menteri Kewangan baru Henrique Meirelles, lelaki yang bertanggung jawab memulai semula ekonomi terbesar Amerika Latin.

Presiden Sementara Brazil, Michel Temer (kiri) memulakan tugasnya dalam usaha menguruskan ekonomi negara itu. – AFP
Presiden Sementara Brazil, Michel Temer (kiri) memulakan tugasnya dalam usaha menguruskan ekonomi negara itu. – AFP

“Kami tidak mempunyai cukup masa,” Temer, veteran parti berhaluan sederhana PMDB, tentang mengambil alih penerajuan. “Kami mesti membina semula asas ekonomi Brazil dan terutamanya meningkatkan persekitaran perniagaan untuk sektor swasta supaya ia kembali kepada peranan pelaburan semula jadi, menghasilkan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

ARTIKEL YANG SAMA