Presiden syarikat solar hilang, ‘bantu siasatan’

Presiden syarikat solar hilang, ‘bantu siasatan’

SHANGHAI, 12 April (AFP) – Presiden baru syarikat solar China Wuxi Suntech Power sedang ‘membantu satu siasatan’ atas permintaan Kastam, kata syarikat induknya hari ini selepas laporan keluar mengatakan beliau telah hilang.

Tang Jun adalah satu-satunya individu daripada syarikat yang membantu dalam siasatan dan isu yang sedang disiasat masih tidak diketahui, beritahu jurucakap untuk syarikat induk Suntech Shunfeng International Clean Energy (SFCE) kepada AFP hari ini, menambah operasi firma berjalan ‘seperti biasa’.

Tang merupakan ahli perniagaan China terbaru yang hilang atas sebab-sebab yang tidak jelas.

Pada Januari, salah sebuah firma pakaian paling terkenal di China, Metersbonwe, mengumumkan pengerusinya Zhou Chengjian telah kembali bekerja, seminggu selepas berkata beliau telah hilang di tengah spekulasi beliau terbabit dalam siasatan perniagaan dalam.

ARTIKEL YANG SAMA