Presiden Taiwan adakan lawatan luar negara

Presiden Taiwan adakan lawatan luar negara

TAIPEI, Taiwan, 24 Jun (AP) – Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen berlepas hari ini dalam lawatan luar negara pertamanya sejak menjawat jawatannya, di tengah-tengah spekulasi yang China mungkin sedang memperkukuhkan pegangan diplomatiknya ke atas pulau yang diperintah sendiri yang didakwanya sebagai wilayahnya.

Tsai sedang mengadakan lawatan berasingan kepada sekutu Panama dan Paraguay, berhenti di Miami dalam perjalanannya dan di Los Angeles dalam perjalanan pulangnya. Beliau dijangka akan menghadiri pembukaan rasmi kunci kapal baru di terusan Panama sebelum menyampaikan ucapan kepada parlimen Paraguay pada Selasa.

Taiwan memiliki hubungan diplomatik rasmi dengan hanya 22 buah negara sebagai keputusan atas usaha China dalam mengasingkan pulau tersebut. Kebanyakan sekutunya berada di Amerika Tengah, Caribbean, Afrika dan Selatan Pasifik.

ARTIKEL YANG SAMA