Presiden Tajik lantik anak perempuan jawatan penting

Presiden Tajik lantik anak perempuan jawatan penting

DUSHANBE, Tajikistan, 27 Jan – Presiden Tajikistan, Emomali Rakhmon hari ini melantik anak perempuan sulungnya sebagai ketua turus, dalam pelantikan terbaru ahli keluarga pemimpin itu kepada jawatan tertinggi.

Presiden negara Asia tengah yang miskin itu telah melantik anak perempuannya, Ozoda Rakhmon berusia 38 tahun kepada tugas berkenaan selepas dia berkhidmat sebagai timbalan menteri luar negeri sejak 2014, kata pejabat Rakhmon.

Presiden berusia 63 tahun itu, bekas bos ladang kolektif, telah mengetuai Tajikistan bekas jajahan Soviet sejak 1992.

Beliau mempunyai sembilan orang anak, tujuh daripadanya perempuan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA