Presiden Turki kecam serangan ke atas peminat rock

Presiden Turki kecam serangan ke atas peminat rock

ANKARA, 20 Jun (AFP)– Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan hari ini mengecam kumpulan Islam yang menyerang peminat kumpulan rock di sebuah kedai muzik di Istanbul, namun beliau juga mengatakan ia adalah ‘salah’ bagi peminat untuk minum arak di tempat awam semasa Ramadan.

“Kedua-dua belah pihak bersalah dalam perkara ini,” dia memberitahu agensi media Dogan. “Ia adalah salah untuk terlibat dalam aktiviti yang boleh merebak ke jalan raya semasa Ramadan sama juga adalah salah untuk menggunakan kekerasan menanganinya.”

Sekumpulan kira-kira 20 orang lelaki memukul pelanggan dan pekerja di sebuah kedai muzik yang mendengar album baru kumpulan rock British, Radiohead pada malam Jumaat, berang kerana mereka minum arak semasa bulan suci Islam. Sekurang-kurangnya seorang cedera.

Keesokan harinya, beratus-ratus orang berhimpun di bandar itu untuk membantah serangan, melaungkan ‘Berganding bahu memerangi fasisme!’ dan mengecam Erdogan sebagai seorang ‘perompak dan pembunuh.’

Polis melepaskan gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah untuk menyuraikan pembantah.