Presiden Venezuela umum tindakan keras

Presiden Venezuela umum tindakan keras

CARACAS, 15 Mei (AFP) – Presiden Venezuela Nicolas Maduro mengumumkan tindakan keras besar-besaran semalam di bawah dekri kecemasan baru, mengarahkan rampasan kilang yang lumpuh, penahanan pemilik dan latihan tentera untuk memerangi ancaman luar.

Pemimpin berhaluan kiri itu bergelut untuk mengawal krisis ekonomi yang telah membawa kepada kekurangan makanan, harga meningkat, rusuhan, penjarahan dan keadilan berjaga-jaga, menyebabkan Venezuela hampir-hampir mengalami keruntuhan.

Beliau pada Jumaat menuduh Amerika Syarikat menggugat keselamatan negara atas perintah “hak orang fasis Venezuela,” mendorong beliau mengisytiharkan keadaan darurat.

Menyampaikan ucapan kepada penyokongnya pada satu rapat di tengah Caracas pada Sabtu, Maduro mengumumkan sesetengah tindakan yang akan diambil di bawah arahan itu, yang masih belum disiarkan.

“Kami mesti mengambil semua langkah untuk memulihkan kapasiti produktif, yang sedang dilumpuhkan oleh golongan borjuis,” beritahunya kepada orang ramai.

Seorang penunjuk perasaan memegang plakad yang bertulis “Maduro pergi saja kamu... kamu satu mimpi ngeri”. – AP
Seorang penunjuk perasaan memegang plakad yang bertulis “Maduro pergi saja kamu… kamu satu mimpi ngeri”. – AP

“Sesiapa yang mahu menghentikan pengeluaran untuk mensabotaj negara harus keluar, dan mereka yang melakukannya mesti digari dan dihantar ke PGV (Penjara Am Venezuela).

Tindakan itu diambil selepas syarikat makanan dan minuman terbesar di Venezuela, Kumpulan Polar, menghentikan pengeluaran bir pada 30 April, berkata salah pengurusan syarikat bermakna ia tidak boleh mengimport barli.

Pemilik syarikat, ahli perniagaan jutawan Lorenzo Mendoza adalah penentang lantang Maduro, dan presiden telah menuduh beliau bersubahat untuk menentang kerajaannya.

Maduro juga mengarah latihan tentera diadakan pada Sabtu depan “untuk bersiap sedia menghadapi sebarang senario,” mengecam rancangan “campur tangan bersenjata.”

Pemimpin pembangkang menuduh Maduro menggunakan arahan kecemasan untuk mengancam kestabilan negara dan menyekat mereka daripada menganjur referendum untuk menyingkirnya daripada jawatan presiden.

Pembangkang telah melancarkan proses dengan mengumpul 1.8 juta tandatangan sebagai menyokong pengundian pembatalan, tetapi berkata pihak berkuasa sedang menemui kebuntuan sekarang.