Presiden Vietnam akhiri lawatan

Presiden Vietnam akhiri lawatan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Presiden Republik Sosialis Vietnam, Tran Dai Quang dan isteri, Nguyen Thi Hien serta rombongan, hari ini, meninggalkan Negara Brunei Darussalam setelah menamatkan lawatan negara selama tiga hari ke negara ini.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat berlepas ialah Menteri Pendidikan selaku Menteri Pengiring, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman serta isteri, Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman.