Presiden Xi tidak hadir acara memorial kebangsaan

Presiden Xi tidak hadir acara memorial kebangsaan

BEIJING, 13 Dis (Reuters) – China hari ini menyambut hari memorial kebangsaan kedua bagi Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing dengan cara yang tidak menonjol yang menyaksikan Presiden Xi Jinping tidak menghadiri acara utama dan pegawai bawahan sebaliknya pula mengetuai upacara suram.

China dan Jepun sudah lama bertelagah berhubung sejarah mereka yang menyakitkan. China terus menerus mengingatkan rakyatnya mengenai pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1937 yang mana menurutnya tentera Jepun telah membunuh 300,000 orang di ibu negaranya pada masa itu.

Tribunal Bersekutu selepas peperangan telah meletakkan angka kematian pada 142,000 tetapi sebilangan ahli politik konservatif Jepun dan juga cendekiawan menafikan pembunuhan berlaku.

Upacara perlepasan burung merpati ketika sambutan hari memorial kebangsaan kedua bagi Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing di Nanjing, wilayah Jiangsu, China pada 13 Disember 2015. – Reuters
Upacara perlepasan burung merpati ketika sambutan hari memorial kebangsaan kedua bagi Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing di Nanjing, wilayah Jiangsu, China pada 13 Disember 2015. – Reuters

Tetapi kedua-dua negara berjiran ini mengambil langkah untuk memulihkan hubungan yang telah dibayangi oleh sejarah mereka yang menyakitkan, dan bulan lalu China, Jepun dan Korea Selatan telah mengadakan sidang mesyuarat tiga hala pertama mereka dalam tempoh tiga tahun.

Sementara tahun lalu, Xi telah pergi ke Nanjing untuk memperingati hari memorial rasmi pertama China bagi pembunuhan beramai-ramai, tahun ini Li Jianguo, timbalan pengerusi jawatankuasa tetap bagi parlimen rasmi China, telah memberi ucapan.

Para anggota tentera meletakkan kalungan bunga di hadapan memorial utama ketika muzik perlahan dimainkan, yang mana acara ini juga disiarkan secara langsung di televisyen kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA