Presiden Yaman pecat perdana menteri

Presiden Yaman pecat perdana menteri

RIYADH, 4 April (AFP) – Presiden Yaman, Abd-Rabbu Mansour Hadi melantik Naib Presiden dan Perdana Menteri yang baharu selepas memecat Perdana Menteri, Khaled Bahah menjelang rundingan damai bulan ini.

Stesen televisyen Yaman melaporkan, Hadi melantik Ali Mohsen Al-Ahmar, seorang jeneral tentera paling berkuasa sebagai Naib Presiden.

Ali pernah berkhidmat dengan bekas presiden, Ali Abdullah Saleh. Hadi juga melantik Ahmed Obeid bin Daghr, bekas pegawai Ali Abdullah dalam Parti Kongres Rakyat sebagai Perdana Menteri yang baharu. Bahah, yang memegang kedua-dua jawatan sebelum dipecat kemudian dinamakan sebagai penasihat kepada Hadi.

Gambar fail bertarikh 27 November 2012 menunjukkan Ali Mohsen al-Ahmar menghadiri mesyuarat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Wakil Khas Setiausaha Agung untuk Konflik Kanak-kanak dan Tentera Leila Zerrougui di Sanaa. - Reuters
Gambar fail bertarikh 27 November 2012 menunjukkan Ali Mohsen al-Ahmar menghadiri mesyuarat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Wakil Khas Setiausaha Agung untuk Konflik Kanak-kanak dan Tentera Leila Zerrougui di Sanaa. – Reuters

Kenyataan rasmi kerajaan Yaman berkata rombakan besar boleh menjejaskan rundingan damai PBB, yang dijadualkan bermula pada 18 April di Kuwait.

Arab Saudi telah memberikan isyarat bahawa ia memihak kepada penyelesaian secara aman di Yaman, yang berakhir dengan dua perjanjian pertukaran banduan dengan kumpulan Houthi sejak bulan lepas.

Kedua-dua pihak telah mengesahkan gencatan senjata akan bermula pada tengah malam 10 April jelang rundingan damai.