Previu hidangan Ramadan di 3 restoran RBC

Previu hidangan Ramadan di 3 restoran RBC

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Dalam memeriahkan suasana Ramadan Al-Mubarak yang bakal menjelang, semua anak syarikat Royal Brunei Catering (RBC) akan mengadakan previu hidangan Ramadan 1436M.

Restoran Seasons akan menampilkan pelbagai hidangan bufet pada harga istimewa dari pukul 7 petang hingga 10 malam, pada 11 dan 13 Jun ini.

Fish & Co. pula menawarkan Ramadan Sungkai Platter pada 12 hingga 14 Jun dari 11 pagi sehingga 10 malam.

Anjung Saujana and Cilantro’s turut menyemarakkan suasana bulan suci ini dengan menampilkan bufet bermula 12 dan 13 Jun dari 7 petang hingga 10 malam.

ARTIKEL YANG SAMA