Prihatin kebajikan kurang berkemampuan

Prihatin kebajikan kurang berkemampuan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Dis – Dengan hasrat untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik, seorang hamba Allah telah menghulurkan sumbangan bagi membantu penduduk yang kurang bernasib baik dan juga anak-anak yatim pada Majlis Penyampaian Derma kepada Penerima-penerima Bantuan bagi Kampung Sengkurong ‘A’ dan Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) yang berlangsung di kediaman ketua Kampung Sengkurong ‘A’, hari ini.

Sumbangan derma itu dihulurkan kepada para penerima oleh Ketua Kampung Sengkurong ‘A’, Dr. Haji Abdullah bin Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman.

Dr. Haji Abdullah dalam ucapan ringkasnya menyatakan harapan supaya para penerima bantuan merasa bersyukur kerana terdapat seorang hamba Allah yang prihatin terhadap keadaan mereka dan dengan ikhlas berkesudian menghulurkan bantuan.

Majlis penyampaian derma itu dianjurkan oleh Badan Kebajikan Majlis Perundingan Kampung Sengkurong ‘A’.

ATAS & BAWAH: Dr. Haji Abdullah menyampaikan sumbangan kepada para penerima di majlis berke-naan.
ATAS & BAWAH: Dr. Haji Abdullah menyampaikan sumbangan kepada para penerima di majlis berke-naan.

p07-5_20151208

ARTIKEL YANG SAMA