Privasi pengguna perlu dijaga

Privasi pengguna perlu dijaga

SAN FRANCISCO, 19 Feb (Reuters)  – Facebook Inc dan Twitter Inc hari ini menyokong keengganan Apple dalam membantu Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam usaha menggodam telefon bimbit iPhone yang dimiliki oleh penyerang dalam tragedi di San Bernardino.Mereka berkata, kerjasama itu akan menjadi kebiasaan terhadap pencerobohan bahaya bagi privasi.

Ia mengambil masa dua hari tetapi sokongan kecil syarikat teknologi gergasi menyokong Apple dalam menolak tuntutan kerajaan yang dikatakan akan menggugat keselamatan dan menghakis kepercayaan pengguna.

Antara yang pertama tampil mempertahankan Apple ialah ketua syarikat pesaingnya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Google, Sundar Pichai, yang menulis dalam Twitter menyokong Apple pada Rabu.

Namun syarikat lain masih mendiamkan diri.

CEO Twitter, Jack Dorsey, pula menggunakan perkhidmatannya untuk menyatakan sokongan kepada CEO Apple, Tim Cook, dengan tweet, “Kami bersama @tim_cook dan Apple (dan berterima kasih bagi kepimpinannya).”

Dalam kenyataannya, Facebook berkata: “Kami akan terus berjuang menentang tindakan yang mahukan syarikat melemahkan keselamatan sistem mereka.”

ARTIKEL YANG SAMA