Priyanka Chop...

Priyanka Chopra terpilih penyampai trofi Anugerah Golden Globe

LOS ANGELES – Pelakon terkenal Bollywood, Priyanka Chopra terpilih sebagai salah seorang penyampai trofi pada Anugerah Golden Globe ke-74 yang bakal berlangsung pada 8 Januari ini.

Perkara itu diumumkan menerusi laman rasmi anugerah itu di Twitter baru-baru ini.

Turut tersenarai sebagai penyampai anugerah ialah Timothy Olyphant dan Justin Theroux, Drew Barrymore, Matt Damon, Zoe Saldana, Mandy Moore, Brie Larson, Nicole Kidman, Sofia Vergara dan Sienna Miller.

Priyanka mula mendapat perhatian Hollywood selepas muncul dalam drama bersiri Quantico. Pelakon itu bakal muncul dalam filem Baywatch di Amerika Syarikat.

Priyanka Chopra diberi tanggungjawab sebagai penyampai trofi pada Anugerah Golden Globe ke-74 yang bakal berlangsung pada 8 Januari depan.
Priyanka Chopra diberi tanggungjawab sebagai penyampai trofi pada Anugerah Golden Globe ke-74 yang bakal berlangsung pada 8 Januari depan.