Produk canggih Seagate diperkenal

Produk canggih Seagate diperkenal

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Nov – Concepts Computer dengan kerjasama Seagate, syarikat gergasi IT yang terkenal sebagai pengeluar cakera keras dan teknologi penyimpanan terkemuka di dunia, telah membawakan produk-produk Seagate yang berprestasi tinggi ke Brunei Darussalam.

Seagate Expansion Portable drive, Seagate Backup Plus Slim dan keluaran paling canggih Seagate Seven telah diperkenalkan dalam seminar yang diadakan di Bilik Brilliance Concepts Computer, Kiulap, kelmarin, di mana wakil dari Seagate Singapura, Hong Mee Mee telah dijemput untuk menerangkan mengenai produk-produk berkenaan.

Menurut beliau, Seagate Backup Plus Slim yang terdapat dalam kapasiti 500GB, 1TB dan 2TB merupakan penyelesaian terbaik bagi storan mudah alih yang bukan sahaja mampu menyimpan gambar dan video malahan memuat naik ke media sosial termasuk Facebook, Flickr dan Youtube.

Beberapa kakitangan Concepts Computer dan hadirin yang diundang semasa seminar produk berkenaan.
Beberapa kakitangan Concepts Computer dan hadirin yang diundang semasa seminar produk berkenaan.
Hong Mee Mee menerangkan fungsi teknologi cakera Seagate dalam seminar yang diadakan di Bilik Brilliance Concepts Computer, Kiulap.
Hong Mee Mee menerangkan fungsi teknologi cakera Seagate dalam seminar yang diadakan di Bilik Brilliance Concepts Computer, Kiulap.

Setiap pembelian cekera keras ini akan mendapat storan 200GB dalam talian menerusi Microsoft OneDrive secara percuma.

Sementara itu, Seagate Seven merupakan cekera keras ternipis di dunia dengan ketebalan hanya 7mm di samping saiz hanya 2.5 inci tetapi mempunyai kapasiti storan 500GB.

Menurut Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao, pelancaran ini merupakan permulaan dalam perkembangan penyelesaian penyimpanan di Concepts Computer.

ARTIKEL YANG SAMA