Produk hutan bukan kayu mampu dikomersialkan

Produk hutan bukan kayu mampu dikomersialkan

KUCHING, 1 Dis – Lebih banyak usaha perlu diambil untuk membangunkan, mempromosi dan mengkomersilkan Produk Hasil Hutan Bukan Kayu (HHBK) di dalam dan luar negara, kata Menteri Perancangan Sumber dan Alam

Sekitar Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata Sarawak mempunyai potensi amat besar untuk menghasilkan HHBK kerana kira-kira 65 peratus daripada negeri ini masih diliputi tumbuh-tumbuhan hutan.

Bercakap pada “Karnival Produk-produk Hutan Bukan Kayu Sarawak 2016” di sini hari ini, beliau berkata produk seperti ‘Tongkat Ali’ dan ‘Kacip Fatimah’ kini semakin terkenal, malahan di peringkat antarabangsa.

“Kami juga mempunyai pokok Gaharu yang menghasilkan resin aromatik lumayan yang digunakan dalam amalan keagamaan dan untuk penyembuhan penyakit.

Sekumpulan penduduk pribumi tanah tinggi Bario menunjukkan produk istimewa mereka, pada Karnival Produk Sumber Hutan Bukan Kayu yang mempamerkan keunikan kraftangan dari pelbagai etnik dari seluruh Kepulauan Borneo di Tebingan Kuching. – Bernama
Sekumpulan penduduk pribumi tanah tinggi Bario menunjukkan produk istimewa mereka, pada Karnival Produk Sumber Hutan Bukan Kayu yang mempamerkan keunikan kraftangan dari pelbagai etnik dari seluruh Kepulauan Borneo di Tebingan Kuching. – Bernama

“Antara 2002 dan 2008, Malaysia mengeksport 1.4 juta kilogram cip dan blok Gaharu, bernilai RM483 juta, dan 161.485 kilogram Gaharu serbuk bernilai RM565,198.

“Negeri ini juga mengeksport 829 liter minyak Gaharu bernilai RM24 juta” katanya sambil menambah pengeluar juga perlu mewujudkan industri desa lebih teratur yang berasaskan Gaharu, buluh, rotan, rempah, herba liar dan seumpamanya.

Awang Tengah berkata kerajaan akan terus mewujudkan lebih banyak kawasan hutan yang dilindungi sepenuhnya.

“Kita telahpun mempunyai 2.1 juta hektar di kawasan hutan Borneo.

“Kerajaan juga merancang memperuntukkan satu juta hektar lagi,” katanya. – Bernama