Produk sistem suara eksklusif diperkenalkan

Produk sistem suara eksklusif diperkenalkan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mac – Bank Baiduri dengan kerjasama Perusahaan Sejalin, baru-baru ini, telah menganjurkan previu eksklusif produk-produk sistem suara elektronik yang memfokuskan pada reka bentuk, berjenama antarabangsa Bang & Olufsen, bagi ahli-ahli Baiduri Prestige dan Smart Executive.

Pada majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Bang & Olufsen, Kiarong itu, wakil dari Perusahaan Sejalin telah menyampaikan taklimat mengenai produk-produk yang ada di bawah jenama Bang & Olufsen.

Ketua Pembangunan Perniagaan dan Program Khas Bank Baiduri, Hajah Maripaz binti Abdullah berkata, “Kami memahami cita rasa tinggi dan afiniti terhadap kemewahan para ahli kami, dan Bang & Olufsen merupakan jenama yang bukan sahaja memenuhinya malah merangkumi kecanggihan serta kualiti.”

Produk-produk Bang & Olufsen diperkenalkan kepada ahli-ahli Baiduri Prestige and Smart Executive di Bilik Pameran Bang & Olufsen, Kiarong.
Produk-produk Bang & Olufsen diperkenalkan kepada ahli-ahli Baiduri Prestige and Smart Executive di Bilik Pameran Bang & Olufsen, Kiarong.

Ahli Baiduri Prestige and Smart Executive yang hadir pada majlis itu juga diberi peluang untuk membeli produk Bang & Olufsen secara berkas (bundle) dengan potongan harga istimewa.

Dua puluh orang ahli yang membeli produk berkenaan akan menerima rebat tunai $100 jika membeli menggunakan kad Baiduri Prestige atau Smart Executive.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Bahagian Perhubungan Bank Baiduri, Dorothy Newn, Ketua Bahagian Pemasaran Bank Baiduri, Ng Yick serta kakitangan Bank Baiduri.

ARTIKEL YANG SAMA