Produktiviti buruh China meningkat

Produktiviti buruh China meningkat

BEIJING, 29 Feb (Bernama) – Produktiviti buruh China, yang diukur mengikut pengeluaran setiap pekerja, meningkat 6.6 peratus tahun ke tahun pada 2015, menurut laporan Xinhua News Agency.

Produktiviti buruh berjumlah 76,978 yuan (AS$11,842) bagi setiap orang pada tahun lepas, naik 4,733 yuan berbanding 2014, menjadikan kenaikan tahunan kelima berturut-turut, ia memetik data daripada Biro Perangkaan Negara (NBS).

Pada akhir tahun lepas, jumlah penduduk yang bekerja di China sebanyak 774.51 juta.

Menurut NBS, China mewujudkan 13.12 juta pekerjaan baharu untuk penduduk bandar pada tahun lepas, mengatasi sasaran rasmi, dan kadar pengangguran yang dicatatkan di bandar ialah 4.05 peratus pada akhir tahun lepas.

Ekonomi China berkembang sebanyak 6.9 peratus tahun ke tahun pada 2015, pengembangan tahunan paling perlahan dalam tempoh 25 tahun, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 67.67 trilion yuan.

ARTIKEL YANG SAMA