Profesor paksa mahasiswa makan najis

Profesor paksa mahasiswa makan najis

SEOUL, 26 Nov (AFP) – Mahkamah Korea Selatan hari ini menghukum penjara seorang profesor universiti selama 12 tahun atas kesalahan memaksa seorang mahasiswa memakan najis manusia dan meminum air kencing dslsm tempoh dua tahun serangan fizikal dan psikologi.

Hukuman itu lrbih dua tahun lebih apa yang dikehendaki oleh pendakwa raya, mengimbas balik, kata mahkamah, “kekejaman yang tidak dapat dibayangkan” dilakukan oleh profesor yang berumur 52 tahun itu “kepada sejenis pembunuhan psikologi”.

Profesor itu, yang dikenali dengan nama keluarganya Jang, telah ditahan pada Julai lalu selepas mangsanya, mahasiswa bidang reka bentuk sekarang berumur 29 tahun cuba untuk membunuh diri untuk melarikan diri dari penderitaannya.

Penyeksaan itu bermula selepas Jang mengupahnya untuk bekerja buat pertubuhan yang tidak berdasarkan keuntungan.

ARTIKEL YANG SAMA