Profil Kami

Profil Kami

Media Permata diterbitkan oleh Brunei Press Sdn Bhd. iaitu sebuah syarikat penerbitan tertua di Negara Brunei Darussalam. Media Permata bermula sebagai sisipan mingguan dalam akhbar Borneo Bulletin pada 13 Januari 1994 dan seterusnya diterbitkan secara harian mulai 30 Julai 1998.

Sejak itu Media Permata gigih merakam pelbagai peristiwa, rentetan sejarah, cabaran dan rintihan masyarakat untuk muncul sebagai akhbar harian Bahasa Melayu terunggul dan menjadi pilihan utama pembaca di Brunei.

Dengan tekad sebagai salah satu media untuk memajukan dan memartabatkan  Bahasa Melayu, Media Permata bertindak sebagai landasan untuk memupuk dan mengasuh bakat-bakat muda dan baru menjadi penulis yang baik serta menjadi suara dan memberikan perspektif tempatan kepada berita-berita yang berlaku.

Kerana itu Media Permata terus diterima sebagai surat khabar, bebas  dan pilihan pembaca Bahasa Melayu di Brunei.