Program Bimbingan Kelompok GCE ‘O’ Level

Program Bimbingan Kelompok GCE ‘O’ Level

SEKOLAH Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab baru-baru ini telah mengadakan satu program iaitu Program Bimbingan Kelompok GCE ‘O’ Level bagi pelajar-pelajar Tahun 11.

Program ini telah dikendalikan oleh Bahagian Kaunseling dan dibantu oleh fasilitator undangan seramai 13 orang yang terdiri daripada Pegawai Unit Kaunseling dan Kerjaya, JSS, Hajah Rosimah binti Haji Ibrahim, Kaunselor Praktikum UBD iaitu Dayang Nurul Dayang Nasibah binti Haji Abu Bakar dan Dayang Liyana bte Muslim serta kaunselor-kaunselor Sekolah Menengah Kluster 1, 2, 3 dan 4 iaitu Dayang Sariah binti Haji Sahari, Awang Asmali bin Haji Asmat, Hajah Aslinda binti Haji Ali Akhbar, Dayang Kamariah binti Haji Kasah, Dayang Nur Syazilah binti Abdullah Lim, Hajah Masaryanie binti Haji Md Deli, Hajah Siti Azizah binti Haji Wahsalfelah, Haji Ahmad Shahrin bin Haji Sharbini, Dayang Hasiefah binti Abdullah dan Awang Hamdillah bin Abu Hanipah.

Acara bermula pada jam 8.00 pagi dengan kehadiran para kaunselor.

Bacaan surah Al Fatihah dipimpin oleh Ustaz Haji Shahmin bin Haji Akop. Kemudian taklimat ringkas daripada Kaunselor SMSUA.

Memberi peluang pelajar berbincang dengan rakan dan kaunselor undangan tentang cara meningkatkan pencapaian akademik dalam format kaunseling kelompok.
Memberi peluang pelajar berbincang dengan rakan dan kaunselor undangan tentang cara meningkatkan pencapaian akademik dalam format kaunseling kelompok.

Sebelum program dijalankan, penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Puan Pengetua Hajah Sapiah bte Pengarah Hj Buntar kepada para fasilitator undangan. Aktiviti berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Aktiviti ini membahagikan para pelajar kepada 13 kumpulan daripada 166 orang pelajar Tahun 11.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung ialah ‘Ice Breaking’, pengurusan masa, cara menukar pemikiran negatif kepada positif, membina matlamat dan VAk Learning Style Test.

Program ini bertujuan untuk membantu pelajar bersedia dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani bagi menghadapi peperiksaan agar mereka lebih percaya diri dan berjaya mencapai matlamat yang diinginkan.

Membimbing pendekatan, strategi, teknik belajar, pengurusan masa agar mereka lebih bermotivasi dalam mengulangkaji pelajaran secara konsisten.

ARTIKEL YANG SAMA