Program Erat Silaturahim Jemaah Masjid pupuk perpaduan bersama

Program Erat Silaturahim Jemaah Masjid pupuk perpaduan bersama

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – kira-kira 40 orang perwakilan dari Masjid Al-Muhtadee Billah Kampung Sungai Kebun baru-baru ini terlibat dalam Program Erat Silaturahim Jemaah Masjid yang berlangsung di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Kampung Kiudang.

Rombongan Masjid Al-Muhtadee Billah menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak berjemaah sebelum acara keagamaan lain diadakan antaranya melibatkan para jemaah belia dan muslimah masjid.

Melalui program seperti ini menurut Imam masjid yang juga selaku ketua rombongan, Awang Haji Abu Samah Shukri bin Haji Mohd Hussein menegaskan acara seperti ini bukan suatu perkara yang baru bagi jemaah Masjid Al-Muhtadee Billah Sungai Kebun, bahkan sering dilakukan dalam mengukuhkan usaha dua hala bagi kepentingan bersama dengan masjid-masjid yang lain.

Selain daripada itu menurutnya lagi, majlis berkenaan merupakan wadah untuk menyemarakkan lagi syiar Islam dan sekali gus memberi peluang kepada semua perwakilan untuk mengeratkan lagi hubungan mesra bersama jemaah masjid yang lain.

Antara acara keagamaan yang dijalankan.
Antara acara keagamaan yang dijalankan.
Penyampaian cenderahati daripada perwakilan Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun kepada wakil Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Kampung Kiudang.
Penyampaian cenderahati daripada perwakilan Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun kepada wakil Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Kampung Kiudang.

ARTIKEL YANG SAMA