Program Jalinan Kasih Belia diteruskan lagi di Tutong

Program Jalinan Kasih Belia diteruskan lagi di Tutong

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Program Jalinan Kasih Belia anjuran Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Adison Marketing Services, diteruskan lagi hari ini dengan mengunjungi 10 buah keluarga kurang berkemampuan di Daerah Tutong.

Dalam kunjungan berkenaan, rombongan menyerahkan sumbangan yang ditaja oleh Wong Kok Phing, yang turut menghadiri acara berkenaan.

Rombongan disertai oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Haji Rosmadi bin Haji Mohd Daud, perwakilan dari Adison Marketing Services dan Jabatan Belia dan Sukan, serta para sukarelawan.

Program yang bertujuan untuk menghulurkan sumbangan berbentuk barangan kepada 40 buah keluarga di keempat-empat daerah, telah bermula kelmarin di Daerah Belait, dan akan diikuti di Daerah Brunei dan Muara esok.

Wong Kok Phing ketika menyerahkan sumbangan kepada salah sebuah keluarga di Daerah Tutong.
Wong Kok Phing ketika menyerahkan sumbangan kepada salah sebuah keluarga di Daerah Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA