Program Kembara Amal KKBS bantu masyarakat

Program Kembara Amal KKBS bantu masyarakat

KUALA BELAIT, 26 Jun – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) meneruskan Program Kembara Amal Ramadan mereka ke Daerah Belait dengan diketuai sendiri oleh menterinya Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, untuk menghulurkan sumbangan kepada empat buah keluarga yang memerlukan di Kampung Kenapol dan Kampung Bukit Puan, Labi dan Kampung Sungai Bakong, Lumut, Daerah Belait.

Program tersebut antara lain bertujuan membantu dan meringankan beban orang-orang susah, anak-anak yatim, warga emas dan orang berkeperluan khas agar dapat memberikan kegembiraan kepada mereka dan sama-sama menyambut Hari Raya yang menjelang nanti dengan penuh keriangan dan kesyukuran.

Ia merupakan aktiviti tahunan KKBS khususnya di bulan Ramadan yang mulia, dimana umat Islam digalakkan melipat gandakan amal ibadah masing-masing termasuk melalui kerja-kerja amal.

Turut menyertai rombongan ialah Setiausaha-setiausaha Tetap di kementerian berkenaan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

ARTIKEL YANG SAMA