Program lawatan Minal Masjid Ilal Masjid

Program lawatan Minal Masjid Ilal Masjid

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – Rombongan Masjid Pengiran Haji Abu Bakar Kampung Bokok, Daerah Temburong, baru-baru ini, telah mengadakan Program Lawatan Minal Masjid Ilal Masjid ke Masjid Kampung Perpindahan Mata-Mata (KPMM), Gadong.

Dalam lawatan berkenaan, rombongan yang diketuai Haji Nasrul Hazimin bin Haji Sapar itu, terlebih dahulu mendengar ucapan daripada wakil Masjid KPMM yang menjelaskan mengenai sejarah masjid tersebut dan kemudiannya diteruskan dengan ucapan balas daripada pihak Masjid Kampung Bokok.

Turut hadir ialah Ketua KPMM, Pengiran Haji Mohd Salleh bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Majlis diserikan dengan persembahan tausyeh oleh Muslimin dan Muslimah kedua-dua belah pihak masjid, dan bacaan tahlil turut dibacakan khusus bagi Allahyarham Imam Samrin bin Samad.

Rombongan dari Daerah Temburong bergambar ramai bersama para Muslimin KPMM.
Rombongan dari Daerah Temburong bergambar ramai bersama para Muslimin KPMM.

Antara tujuan lawatan ini adalah bagi mengimarahkan dan mengeratkan silaturahim di antara kedua-dua buah masjid, selain dapat melihat pencapaian yang telah dikecap oleh Masjid KPMM sebagai contoh kepada masjid-masjid lain.

Majlis kemudian diakhiri dengan bacaan doa selamat dan kesyukuran oleh Bilal Masjid KPMM, Awang Abdul Azim bin Haji Ismail.

ARTIKEL YANG SAMA