Program lawatan Muhibbah

Program lawatan Muhibbah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh KUPUSB

 

KOLEJ Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) baru-baru ini telah menerima lawatan dan kunjungan daripada Universiti Malaya melalui Program Lawatan Muhibbah Universiti Malaya-KUPU SB dengan membawa tema ‘Journey to Self Maturity’.

Program berkenaan bermula pada 28 Jun sehingga 1 Julai 2015 tersebut, adalah merupakan program lawatan kali kedua selepas lawatan yang pertama pada tahun 2014 yang lepas. Program ini telah dijalankan oleh para mahasisiwa-mahasiswi Universiti Malaya, dibawah bimbingan Dr. Abd Razak bin Zakaria, Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

KUPU SB jadi pilihan

Pada tahun ini ahli rombongan adalah terdiri dari mahasisiwa Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Universiti Malaya iaitu seramai 10 orang mahasiswi dan diiringi oleh pensyarah mereka iaitu Dr. Abd. Razak bin Zakaria dan pada tahun ini sekali lagi pihak rombongan Universiti Malaya telah memilih Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan sebagai destinasi perkongsian ilmu sekalipun bidang kaunseling tidak ditawarkan di sini.

Antara aktiviti lawatan di Kampong Ayer.
Antara aktiviti lawatan di Kampong Ayer.
Kenangan bergambar ramai.
Kenangan bergambar ramai.

Program ini bertujuan bagi melihat sejauh mana perkongsian ilmu kaunseling dengan pertindihan dalam agama agar ianya boleh membantu masyarakat dalam memperbaiki diri berlandaskan agama dan syara’.

Di samping itu ia membantu membuka minda bakal-bakal kaunselor untuk lebih terbuka dengan masalah sosial remaja dan mengasah kemahiran mendengar dan ia mengambil kira perspektif agama dalam menjalankan sesi kaunseling dan mempersiapkan diri dalam memahami kehendak klien.

ARTIKEL YANG SAMA